Thursday, October 31, 2013

Persahabatan itu berwarna-warni

Assalamualaikum :)

Sahabat, yang membawa erti yang sungguh dalam.. Kehidupan yang diwarnai bersamanya. Pelbagai gaya, pelbagai perangaiiii. Sahabat ibarat tempat kedua untuk mengadu. Tapi, dalam kehidupan bersama kite dan mereka.. Satu suasana yang membawa kepada kite untuk berfikir dan cara hidup yang lebih matang. Pelbagai situasi dapat kite rasai, yang takkan dapat dirasai selain bersama dia. 

pasukan bola tampar 1 murid 1 sukan, antaranya adalah saya.

Sahabat itu penting. Di mana lagi untuk kite bergantung selain family kite? Dialah yang akan membimbing kite ke arah yang jauh lebih baikk :) Jauh lebih membuatkan hidup ini ceria selain keluarge tercinta. Jadi, ia sbg stu tanggungjawab kpd kite untuk saling mengingati dn saling membimbing. Jika ada silap, tegurlah. Berdoalah agar pintu hatinya terbuke untuk kebenaran. Sahabat, jika ada yang menegur, terimalah seadanya. Renungkan apa yang dikata .. Bukan dibuat sbg umpatan atau rungutan. Sedikit peringatan untuk kite semua.

Wassalam ~ 

Diri Yang Kerdil

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, diberi peluang untuk membuke blog sendiri. Hehehehe ~

Tidak mereka memerhati hang memikirkan berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan kami turunkan hujan keatas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawah mereka, kemudian Kami kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri, dankami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.

Surah Al-An'am , ayat 6.

Pada zaman dahulu, ada sesetengah kaum menolak kebenaran Allah yang diutuskan kepada nabi-nabi terdahulu. Oleh sebab itu, Allah memberi mereka perringatan supaya selalu ingat tentang kenikmatan yang diberikan-Nya. Apabila kite menolak kebenaran yang telah jelas di mata, Allah akan membinasanya. Bersyukurlah dengan segala yang ada di sampingmu sekarang. Sunnguh itu bukanlah sesuatu yang kekal. 

Sedikit tazkirah ringkas, semoga sama-sama dapat kite jadikan ia sebagai iktibar. Wassalam ~